-KENANGAN itu PENGALAMAN-

Waktu-waktu dulu , yang kerap aku buat dengan dia makin lama makin pudar dalam ingatan. Aku bukan lupa dekat dia. Aku bukan buat taktahu dekat dia. Aku cuma tak nak ingat lagi bende yang dah lame berlaku. at the same time,, Dia mungkin akan cakap "Aku Tak Perlukan Kau Lagi Dalam Hidup Aku". Aku cuma boleh berharap dengan ketiadaan aku nanti , hidup dia sentiasa ceria. Hidup dia sentiasa di penuhi dengan kegembiraan. Hidup dia sentiasa ada yang menyayangi. Hidup dia pasti ada setiap kenangan indah. AMIN.
Zaman percintaan dulu-dulu bagi aku satu kenangan yang seronok sebenarnya. Dengan gelak ketawa yang macam pontianak mengilai , guling-guling atas lantai rumah bila surat yang di hantar dekat seseorang yang kita suka , di balas dengan baik , senyum memanjang dekat sekolah bila seseorang yang kita suka bagi kita tempat dulu dalam bas sekolah , makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi tak basah  dan bermacam-macam perangai lagi. Alah , tu waktu dulu. Waktu kita muda-muda dulu kann? Waktu yang kita sendiri pun taktahu apa itu CINTA. Apa itu LOVING-LOVING. Apa itu RINDU.

 Kita mungkin suka dekat seseorang tu sebab dia ade gaye yang style , sebab dia ada rambut yang cantik , beg sekolah dia ada roda , pencil case dia gambar Power Rangers , rambut dia macam K-Pop , kuku dia bentuk "glass" , baju sekolah dia beli kat TEN-TEN , sama macam kita , sebab ayah dia ada Lamborghini atau sebab-sebab lain. 
Apa yang kita tahu waktu dulu , tak sama dengan waktu sekarang. Fikiran mendewasakan kita. Cara kita bergaul , memberikan kita pandangan yang berbeza berbanding dengan waktu dulu. Cara kita bercakap dengan segelintir orang , berbeza apabila kita meningkat dewasa. Jangan mempertikaikan cara bercinta dulu , dengan sekarang. Ye , memang lain. Memang berbeza dengan waktu dulu. Memang tak sama dengan cara orang zaman melinium bercinta dengan sekarang.
 Tapi apa boleh buat? Kita kena bergerak lebih ke hadapan. Kita takboleh ikut cara dulu. Kita takboleh nak ambil dua botol kaca , lepas tu kita gesel-gesel kan , kita ketuk-ketuk semata-mata nak bagi awek/pakwe rumah sebelah keluar rumah dan marah kita macam dalam cerita P.Ramle dulu-dulu. Kita takboleh nak letak surat cinta kita dalam botol kaca , lepas tu kita hanyutkan dekat sungai atau tasik dengan harapan akan ada orang yang baca surat kita tu. Mungkin orang akan cakap "Kau Ni OldSkool La. Zaman Dah Berubah Bro , Otak Kena Pintar , Cara Pemikiran Kau Kolot" Hm , biarlah dia. sebab kite nih manusie takde yang membezakan..


 


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan